Dr Raiha Ahmad

‘Jika nak buat baik,buatlah sekarang, jangan nanti-nanti. Esok belum pasti.’

Penulis merupakan Ketua Penyelidik di Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Gender & Sosial. Mendapat pendidikan awal di Sek Men (A) Ar Rahmah Kenali, Kelantan. Seterusnya melanjutkan pendidikan di Maktab Sultan Abu Bakar (English College) di Johor Bahru. Melanjutkan pengajian peringkat Ijazah BA Hons Ilmu Kemanusiaan dan Ijazah Sarjana Gender (Pembangunan Luar Bandar) di Universiti Sains Malaysia.

Memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengajian Gender (Keusahawanan) dari Universiti Malaya. Selain pernah menjadi Pensyarah di universiti dan penyelia kolej kediaman di universiti di Kuala Lumpur, penulis turut dilatih menjadi penyelidik iaitu dengan melibatkan projek penyelidikan peringkat tempatan dan antarabangsa. Antaranya iaitu gabungan penyelidik di University of Toronto, Canada dan University of Singapore. Pernah melanjutkan pengajian dalam bidang Perniagaan dan Ekonomi di University of Tampere, Finland.

Bagi menyebarkan kebaikan melalui penulisan, penulis mengasaskan platform e-buku komersial di Malaysia iaitu www.thinkerbookmarket.com. Penulis aktif mengadakan konsultasi penulisan akademik dan kreatif sebagai usaha melahirkan lebih ramai penulis yang membawa kebaikan dan manfaat melalui penulisan. Sedikit pengalaman mengubah karya ilmiah kepada kreatif turut dikongsikan. Selain menyelidik dan menulis, penulis juga turut mengadakan beberapa program motivasi dan ceramah tentang pembangunan diri remaja dan ibu bapa – khususnya kesedaran tentang gender dan seksualiti berlandaskan bangsa dan agama.

Shopping Cart