Sale!

Webinar Fitrah Gender (Ibu Bapa)

RM80.00

+ Free Shipping
Category:

WEBINAR IBU BAPA (MENGENAL GENDER)

Saluran : Zoom

Waktu : Ahad 9.00 pagi – 3 petang (WEBINAR)

Kriteria peserta : Ibu Bapa

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, sebelum memutuskan untuk menempah atau membuat bayaran, perlulah memohon temujanji melalui email thinkercampteam@gmail.com atau whatsapp ke 010 2427890.

PENGENALAN WEBINAR

Sebagaimana anggota tubuh yang lain, alat kelamin anak akan turut menerima perubahan mengikut perkembangan umur. Perubahan ini akan mempengaruhi diri, emosi, psikologi dan fisiologi mereka. Malangnya mereka tidak menyedari tentang perubahan ‘baligh’ yang dialami, lalu pelbagai sikap dan kerenah yang mula diterokai.

Anak-anak perlu dimengertikan tentang apakah yang wujud di dalam diri mereka. Apatah lagi dalam dunia yang semakin kompleks dan terbuka, mereka memerlukan satu pegangan yang kuat bagi mengawal segala tindak tanduk yang merugikan. Segalanya hanya di hujung jari.

Webinar ini disediakan buat ibu bapa bagi membekalkan ilmu tentang jiwa, diri dan fitrah anak-anak, iaitu tentang gender dan seksualiti diri.

PERBINCANGAN WEBINAR IBU BAPA (MENGENAL GENDER)

  • Didikan antara anak lelaki atau perempuan
  • Apa itu gender dan seksualiti, mengapa perlu mengerti ?
  • Kebaikan dan Keburukan : Gaya Komunikasi Terbuka
  • Ask their Circle
  • Media Sosial dan anda – Kemahiran Menapis (Latihan)
  • Ibu dan ayah, anak di mana?
  • Antara Cita-Cita dan Cinta Mereka
  • Perlukah anak-anak bercinta ?
  • Ini Fitrah ye, bukan Fitnah ! Fitrah itu indah
  • Luahan & Pendapat

Antara tajuk ceramah (lain) ;

  • Sekolah je yang OFF, Remaja tetap ON
  • Fitrah itu Indah
  • Antara Cinta & Cita-Cita
  • Remaja – healing la sangat !
  • Sweet Talk with Dr Raiha Ahmad

Ibu bapa hanya dapat menghidu aktiviti songsang dan gejala sosial pada anak-anak selepas berlaku perkara yang tidak diingini. Antara kesan utama ketidakpedulian ilmu gender iaitu ahli masyarakat tidak mampu membincangkan dan mengendalikan isu-isu kekeliruan jantina yang semakin berleluasa secara ilmiah. Kebanyakan masyarakat tidak mengambil tahu. Maka, dalam keadaaan masyarakat yang tidak mengambil tahu ini, ada pihak yang mula meluaskan pengaruhnya tanpa disedari. Maklumat gender yang mengikut fitrah mula diperlihatkan sebagai satu tradisi yang membosankan, diwujudkan gaya dan cara perhubungan sejenis yang dianggap mengikut tren. Generasi akan datang cuba dinormalisasikan gaya hidup mereka dengan cerita-cerita perhubungan sejenis yang dianggap terkini.

Shopping Cart