Sale!

Kiitos Gadis Melayu ke Finland

RM25.00

+ Free Shipping

Available on backorder

Category:

Kiitos Gadis Melayu Ke Finland

Cetakan Pertama : 2023 | ISBN : 9786299781400

Kiitos merupakan asal perkataan Finland yang bermaksud Terima Kasih.

Kisah di dalam novel ini merupakan kompilasi kenangan dan ragam anak sekolah pada sekitar tahun 1990an. Sekitar tahun 1990an, tidak banyak madrasah di Malaysia sebagaimana masa kini dan gejala sosial sangat membimbangkan. Novel ini bukan sahaja mengisahkan pengembaraan Qaira secara solo yang disekolahkan di madrasah di Kelantan hingga dia meneruskan pengajian ke Finland, malah bagaimana anak gadis ini berjuang mendapatkan jawapan daripada masa yang dilalui.

Pengisian novel ini memberi inspirasi bukan sahaja buat remaja, malah ibu bapa dalam proses membentuk keperibadian anak-anak.

Anak sebagai amanah untuk diasuh dan dibesarkan, manakala terkadang gaya asuhan ibu bapa tidak difahami oleh jiwa remaja si anak. Dalam kemelut zaman yang merosakkan jiwa anak, ibu bapanya menghindarkan Qaira jauh dari dunia yang disangka indah. Qaira rasa terkorban, malangnya dia tidak mengetahui bahawa itulah titik pengorbanan ibu bapa yang paling perit.

Mereka saling berkorban demi masa depan Qaira yang belum diketahui kesudahannya. Bagaimana untuk memupuk kesabaran dalam mengorbankan rasa ?

Seketika anak menyedari dan mula berterima kasih pada setiap pengorbanan ibu ayahnya. Inilah kisah perjuangan yang berpedangkan kasih sayang, juga keikhlasan. Apakah makna kejayaan anak dan ibu bapa yang sebenar? di sini jawapannya.

 

  • Novel ini kehabisan stok, namun jika berminat, pembeli boleh membuat tempahan PRE ORDER dengan menghubungi talian whatsapp 010-2427890 atau email sebarang pertanyaan di thinkercampteam@gmail.com.

 

Shopping Cart